Showing posts with label ketang ketung. Show all posts
Showing posts with label ketang ketung. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Bento-ing.


bento first timer.
nasi with yukari n nori, stirfry sawi with sakura ebi, ayam tandoori lebihan malam before, burger tofu yang xjadi.


Walaupun aku dah agak stop slow buat bento ni, tapi rasa nya tak terlambat lagi kalau aku buat entry pasal bento-bento yang berjaya aku buat dan makan serta selamat dicernakan

Dah lama nak bawak bento pegi kelas tapi bebaru ni baru ada sebab ( which sebab tu dah tak de balik dah tu pasal aku dah slow buat tu)

maa~bento ni kalau dalam bahasa kita, BEKAL. Boleh dikatakan hampir semua Japanese bawak bento samada pegi kelas atau pegi kerja. Masakan rumah adalah:
  • selamat
  • murah,boleh save duit.
  • sedap
Jepun plak suke menda-menda comel-comel. so bento dorang esp yang perempuan punye, comel-comel. kadang kadang, tak payah hias pelik pelik susah susah just pakai lauk biasa pun dah jadi comel. tak reti masak pun boleh buat punye!


bento nasi goreng.
nasi goreng, tamagoyaki (cara buat sila rujuk entry ni), cheese broccoli, stirfry sakura ebi ngan crabstick.


2,3 tips on `membuat bento comel` (ikut majalah yang aku baca la)
- Nutrien kena balance! kena ada carbo, protein, lemak dan sayur/buah buahan.
-It have/ought/must to be easy to prepare. sebab bento ni buat pagi. pagi= sibuk.
-SEDAP. xsemestinye kena ada tempura atau ebi fry baru sedap. DAN MENARIK. sebab bento ni biasanye sejuk bukan makan panas2 so kalau x menarik, xnaik la selera makan. even kalau buat tuk diri sendiri, kena rajinkan diri hias sket. perasaan mase bukak tutup bento tu, penting!. bayang kan kalau main sumbat aja. lapar lapar time lunch tu bukak tutup bento, nampak semacam bercampur aja, xke hilang selera makan?
-make sure sume makanan sejuk baru tutup bento. tuk elak dari ada moisture yang boleh mempercepatkan proses pemburukan makanan. nanti senang sakit perut.
-jangan bagi ada ruang kosong. supaya makanan x bercampur. for this purpose, boleh pakai food separators atau pakai cawan kertas. personally, aku prefer pakai silikon cups sebab eko. =)
-guna bahan bahan mentah semaksimum yang mungkin. leftovers are best for bento! pastu lebihan-lebihan buat bento tu boleh makan as sarapan atau simpan for future use.
-kalau boleh, prepare awal awal. aku ada stok frozen broccoli, ayam goreng etc yang tunggu tuk didefrost sebelum disumbat kedalam bento. jimat masa.

dan lain lain.


bento bajet comel.fave stakat ni sebab comel
nasi with yukari, telur rebus, tofu burger y tak jadi, eda mame, stuffed piman, luncheon meat

kelebihan bento ni dari pendapat aku la
  1. save duitttttttt!!!!
  2. nutrien balance. ni sangat penting esp for students. kalau kat mesia boleh je pegi mana-mana gerai and beli nasi campur, tapi kalau yang kat overseas yang kena masak sendiri? malas-malas, nasi dengan telur goreng aja. sayur mayur xde terus.
  3. portion control. penting tuk elak overeating.
  4. boleh nak bajet comel la ngan bawak bento ni.hahaha
  5. boleh nak bajet terrer masak.



bento express.siap within 10minutes.
nasi putih sprinkled with salmon+black pepper, express tamagoyaki, boiled broccoli, kamabok chikuwa rebus stuffed with cucumber, stuffed pepper and tomatoes


so far for future uses insya ALLAH, aku invest in a few books on bento-ing dan jugak beli barang-barang cam silicon cups dan food cutters etc. tak yah usha yang mahal-mahal. beli aja kat Daiso atau mana-mana 100yen shop.
next time aku tulis pasal macam mana nak save masa time bento-ing dan menda-menda aka tools yang boleh kita guna. insya allah. nak aku tulis recipes yang mudah-mudah skali ke? ke ada request nak aku tulis pasal ape next? insya ALLAH aku try tulis stakat yang aku mampu.
JOM start bento-ing~~~~ <3

Saturday, November 14, 2009

Tamago Yaki cara Amalina Aisyah

As requested by Mimi sayang
Marilah kita belajar cara-cara membuat Tamago Yaki~
Tamago Yaki yang aku buat mungkin tak sama dengan yang ada jual kat kedai.
but still, tamago yaki la.
Ni resepi I had learned when I went to homestay during my first summer in Japan

You need;

Telur, Tamago, Eggs
- kuantiti ikut banyak mana yang korang nak buat. Aku usually pakai 2 biji sebab frying pan yang aku ada pun untuk 2 biji telur skali masak.

Frying Pan Khas tuk buat tamago yaki.
It is rectangular in shape. boleh didapati di mana mana supermarket/department store/kedai kedai di jepun. kat Malaysia and negara lain aku tatau la. internet?
Garam
Gula<- important as recipe I use is amai tamago yaki (sweet egg roll)
minyak tuk elak melekat. Kalau pan dah non-stick, tak yah letak minyak la.
***
cara cara membuat nya~


Pecah kan telur.


Kacau the telurs and add in a pinch of salt and gula dalam sesudu besar kalau nak buat amai tamago yaki.


Panaskan pan


Put some minyak/butter in. Skip this part if you are using a non stick pan.


Curahkan HALF from the egg mixture into the pan dan ratakan ia. cook it under medium heat unless you want your egg hitam. Bila the telur macam half cook macam dalam gambar, start fold it outward. nak pakai garfu pun boleh, chopstik pun boleh. BTW, instead of this way, you can start by making the egg into scrambled egg first. tapi aku x pernah try la plak cara tu..


fold and fold and fold sampai abes.


bawak the first layer of the egg ke arah handle pan (actually ke mana2 arah pun boleh rasanye,ikut keselesaan diri sendiri), and pour the rest of the mixture.


dan sekali lagi, kita gulungkan ia bila ia dah separuh atau 3 suku masak. ikut kesukaan hati. aku suka telur aku lembut so aku start gulung bila separuh masak.plus time ni senang sikit die nak melekat.


mungkin jadi macam ni. tapi jangan risau, gulung aja sampai abes


macam ni. at this point, biarkan for a while kat pan tu so dia betul2 masak dan melekat. terbalikkan dan biar sampai kaler die jadi keemasan. jangan sampai hangit tau!


bila dah siap, macam ni la rupa die. FYI, by putting sugar into the mixture barulah kuar kaler golden2 tu sebab sugar dalam telur tu caramelised. kalau x suka yang manis, boleh add menda lain. wakame ke, tuna ke, cili ke, etc. stakat ni aku pernah try letak cheese. sedap!


then potong ikut suka. aku potong into bite size sebab time ni buat tuk bento.

afterwords;
-I wont say that making this is easy. but upon practise, insya allah you can do it.

-kalau pakai frying pan biasa, mungkin susah sikit nak kontrol saiz die nak bagi seragam. tapi kalau terdesak gak, try la.

-make sure that the egg wont stick to the pan or you will end up with scrambled egg instead. invest in a good tamago yaki pan yang non stick.

-mase beli pan kan, beli saiz ikut keperluan. kalau masak untuk diri sendiri gurai, beli yang tuk sebijik atau 2 bijik telur dah cukup. xyah beli beso2 sebab kalau nak buat banyak pun just ulang ulang aja.

selamat menerai dan goodluck!

Friday, September 18, 2009

the HOTTEST HOTTEST hot chicks in Niihama



the hot chicks in pool and waiting their turn
.
.
.
.
.
.
.
.
.




to be cooked.


-junior aku yang posekan ayam-ayam sadia tu macam ni.
DISCLAIMER; TIADA AYAM DI SAKITI KETIKA PENGGAMBARAAN.

bila semangat membara...

...maka siap lah berbagai-bagai jenis kek dan kuih.
tak der la banyak sangat, kek sebijik, kapkek 11 bijik from leftover batter kek, puding roti, cheese cake dari leftover cream cheese topping..


kek yang suam suam kuku kaki dari oven. yang kat tengah2 tu bukan rekahan yek. itu aku cucuk ngan pisau sebab mahu check samada kek dah masak atau belum. tak jumpa lidi/pencungkil gigi punya pasal la ni.
tapi tak apa~
sebab daku ingin mendecorate nya dengan cream cheese.
first time buat cream cheese okeh!
selamba aja alter resepi sesuka ati.
xkisah r~ jadi je pun~


jang ja ja jang~~~~~
rupa kek aku yang half decorated. cream cheese topping saja rasa bosan aja so aku tambah la cherries tu~
agak messy kan?
to be truth, this is not my first time decorating cake. I did once for raya when I was in Maahad. but! that time, I messed up the royal icing,making it too sweet altho it looked nice. kesian bebudak yang eager nak makan sebab nampak colorful tapi when they have A BITE of it, they actually SPAT it out.
last-last ayam jugak yang makan kek tu....huhu...

and the final look for my cake~~~~
jeng je jeng~~~~~


aku susun satu-satu okeh choco chip tu. mahu bagi naik sikit kaler dia.
iyep, messy! spatula yang ada kat dapur dah agak rosak, so, this is the best I can do.

from the cake`s batter leftover, I made some cupcake~~~~wai~wai~

tak cukup cherry so letak choco chip


usha dekat sikit~
wai~comel~ wai~~~

gambar kek keju dan puding roti tak pulak aku ambil. malas dan letih. dok ketang ketung kat dapur tu dekat 4 jam straight tadi.

boleh kira ni kek raya la kot.
harap-harap jangan ada sapa-sapa sentuh kek tu before raya.
huhu~