Yang advice (advice ka pengaruh?) all working mamas to stop working and stay at home.
Asal usul post FB tu sebab ada nursery kat Putrajaya yang kurung budak2 kat basement. So mcm nak ckp la kat Full time working mamas semua ni supaya berentilah kerja dan jagalah anak2 sendiri kat rumah.
Esp kalau si suami mampu nak beli tablet beli smartphones dan lain lain.
From view aku, hurm... tak semua mampu nak duduk bersenang lenang kat rumah jaga anak walaupun suami mampu. Macam aku sendiri. I was a fulltime housewife until LO is 9 month old. Then I start to work. Kalau orang lain, mungkin sampai ke sudah la tak berkerja. Suami mampu nak sara IMO. Aku pun tak kisah xde tablet, xde baju baru tiap2 bulan, smartphone skang pun hidup mati hidup aja. Tapi I have to work. Sebab nya,
1- Aku ada hutang dengan tuan sponsor yang dengan baik hati telah mensponsor hidup aku selama 7 tahun sejak aku habis SPM(aka, tuan JPA) Semua akan dikira as hutang kalau aku tak berkerja once aku dah balik.
2- Aku dah berjanji berikrar bersumpah akan berkerja berbakti kepada negara selepas aku berjaya menyudahkan pengajian aku.
Hutang wajib di bayar kan?
Maka terpaksalah orang2 seperti aku ni bekerja sebab nak membayar hutang.
Oh kalau nak cakap "ala suami gaji besar, biar ajalah suami yang bayarkan hutang tu"
Memang boleh. Tapi jadi menyusahkan dia la pulak. I want to help him not to be a burden.
"Eh eh,kalau ko kerja xjadi burden ke? Rumah tak terurus, anak kena tinggal" Etc etc
Mungkin, tapi I am trying my best and WE are trying our best. My husband is the most supportive person I have ever met.
"kesian suami ko. balik rumah pun kena buat keje rumah. Siap kena mandikan anak lagi. ape punya isteri lah ko ni"
(Actual comment)
Yep, memang suami saya bantu buat kerja rumah. Dia xde merungut pun. Lagipun, rumah tu rumah dia juga. Anak pun anak dia juga. Kena lah masing2 bertolak ansur, berkerjasama. I tried my best to prepare home cooked foods for him, at least some breakfast and some salad/rojak for him to eat at office.
I am learning. And I am adapting. Bukan poff in a day terus jadi super mother super wife.
(Eh termelalut)
Anyhow, tak semua ibu mak mommy mama mother bonda MAMPU nak resign dan jadi housewife. Mungkin ada yang ckp, berniaga dari rumah boleh ape kalau nak duit lebih. Tapi tak semua ada bakat untuk berniaga.
So bajet2 lah dalam mengomen.
Apakata semua bapa abah ayah daddy papa pulak yang jadi full time house husband? rela?
No comments:
Post a Comment