mesti ada yang tertanya kenapa dah tak ada lelaki Melayu dah ke?
tak pun ada yang fikir saya dah serik dengan lelaki Melayu. (yelah tu~)
atau yang fikir saya mahu orang yang hensem-hensem,kacak-kacak macam Takuya Kimura atau secomel Yamapi.(saya sukakan Tsuyoshi Domoto.dan dia tak hensem.agak tembam.ya.saya sukakan yang macam Tsuyoshi Domoto)
tak lah.hish.
kalau saya nak yang hensem-hensem,nak bagi keturunan saya ada gen mata biru/hijau,rambut merah/perang,kulit putih melepak semulajadi,baik saya cari orang Eropah.ataupun orang Arab.
tapi sebab kebanyakan Orang Jepun yang saya kenali,cukup hormatkan agama saya,Islam.biarpun dia sendiri tidak beragama dan tak faham konsep beragama,tapi dia cukup hormatkan agama Islam.
mungkin lebih dari saudara seagama saya.
kalau keluar (melawat kilang dan sebagainya) atau ada diskusi ataupun kerja selepas kelas,dia selalu ingatkan saya supaya solat.soal makan pun sama.kalau mereka kemana-mana,biasanya ada buah tangan.dan mereka akan rujuk kepada saya apa yang saya boleh makan atau tidak.kalau susah sangat,mereka belikan saja sesuatu yang lain untuk saya.kalau makan di luar,mereka akan cari kedai yang ada makanan yang saya boleh makan.
banyak lagi.
owh.tak lupa juga ketika PE,dia sanggup menukar tempat dengan kawan sekelas semata-mata tak mahu saya tersentuh dia atau dia tersentuh saya.kalau masa dan keadaan tak mengizinkan,dia akan meminta kepastian dari saya samada ok atau tidak untuk dia duduk disebelah saya.
a very nice guy.
saya tak mahu membandingkan orang Jepun dengan orang Melayu.hanya berkongsi.idea untuk entri ini datang selepas saya ditegur senior Jepun(perempuan ya) kerana saya tidak memakai tudung di asrama.senior yang seorang ini amat teliti bab tudung kami pelajar Muslim.selalu menegur dimasa seurat rambut saya terkeluar dari tudung.memberi amaran dimasa pensyarah lelaki masuk ke dalam asrama.
tapi,ramai juga lelaki seagama dan sebangsa dengan saya yang tak menjaga solat, dan makan.lagi-lagilah yang di sini.bukan jama` takhir atau jama` taqdim tapi jama` tak dan.kalau yang up sikit,gelakkan orang berlainan bangsa yang kalut cari tempat untuk solat.
not all,tapi ada.segelintir.
dan kalau di Malaysia sana,saya rasa lah,ramai yang `ops,tersentuh` `ops,terlanggar`. lebih-lebih lagi dengan gadis yang lawa.
tak ramai saya rasa yang sanggup tegur saudara seagamanya lagi-lagi perempuan.ramai yang ambil sikap `kau, kau,aku ,aku.kubur lain-lain.`
(dan saya pun tak sempurna)
tapi,mungkin kah saya akan memilih lelaki Jepun?mungkin,jika ada yang boleh makan petai sama macam saya makan nattou,hirup kuah asam pedas macam saya hirup Miso Shiru dan lain-lain.
no,saya tak berfikir untuk mencari lelaki Jepun.not at the moment.tak terfikir lagi setakat ini.masih gemarkan lelaki Melayu.
tapi apa yang saya nak ceritakan disini,macam mana kawan saya seorang Jepun yang tak beragama,menghormati agama saya.
dan saya amat harapkan dia mendapat petunjuk.
WORLD BOOK DAY 2019 : TAMARIND SQUARE
5 years ago
8 comments:
best gile entri ni...caya r kak ina...-tsuyama's-
eheh... i'm having the same issue here... tp tengah pikir malaysians n indonesians la... hehe... kalo hati da suke, byk le daya nyer~ kalo tak suka byk la alasan nyer~ :P
@anonymous from tsuyama.
thanks dear~
@dalili
iye ke?but I am not thinking of getting married dalam masa terdekat ni.hanya terfikir.tapi kalau jodoh well...xleh nak ckp apa kan?but now,xder la lagi~
org lebih menghormati org tidak dikenali dari menghormati org yg dikenali...
sbb apa yg dikenali itu sudah terlalu biasa bg mereka...
semoga rakan anda itu mendapat petunjuk..:)
bagusnye derang memahami. aku ingat ssh derang nk paham agama kite. untung gak dpt suami jepun :DD tp kalo blh carila yg betul2 nk msk islam bkn sbb nk kawen. tp rasenye kalo die hormat agama kite tu, ade probability yg tinggi utk die peluk islam if you guide him betul2. all the best :)
ps: tu kat bilik ko ke?
@diktakor hati ku
maa~mungkin.dan amin~
@zatul
lol.ada yang ok.and ada yang xok.kat mana2 pun sama aja.
tak.kan aku ada tulis kat umah sapa......aku dok hostel.mana leh bawak org luar DAN laki masuk...
kalu buleh islamkan dia lagi molek dakkk???
@anon
yep.surely it is
Post a Comment